About Us





Kuih bahulu atau baulu merupakan sejenis makanan tradisional orang Melayu yang sangat popular terutamanya pada Hari Raya dan hari-hari keramaian.

Secara amnya kuih bahulu ada 3 jenis iaitu :

Kemampuan menyediakan kuih bahulu yang baik dari segi rupa dan citarasa menjadi kebanggan seseorang individu kerana ianya menjadi tumpuan kepada penggemar kuih bahulu.

Atas senario ini , keluarga kami antara pewaris pembuat kuih bahulu yang sering mendapat tempahan kuih bahulu apabila tiba musim perayaan atau apabila ada majlis-majlis keramaian.

Atas pendedahan secara langsung dengan aktiviti membuat kuih bahulu dari generasi terdahulu , maka kami generasi masa kini bertekad untuk mewarisikelangsungan perniagaan keluarga dalam membuat kuih bahulu.

Dengan menggunakan kaedah pembuatan kuih bahulu secara tradisional telah menghasilkan perniagaan berasaskan kuih bahulu. Maka kini diwujudkan entiti perniagaan bernama Handmade Bahulu.

Falsafah kami dalam perniagaan Handmade Bahulu ialah untuk mengekalkan citarasa asli kuih bahulu dengan penyediaan yang moden lagi suci disamping menjadikan bahulu sebagai makanan ringan yang disukai ramai dan bebas daripada bahan kimia atau bahan pengawet.

Harapan kami , agar sambutan masyarakat terhadap perniagaan Handmade Bahulu adalah berterusan dan itu merupakan salah satu ruang yang menjadi nadi kejayaan kami.

Selain itu , kami juga sentiasa meneroka ruang pasaran baru yang berpotensi untuk memperkembangkan perniagaan Handmade Bahulu untuk terus maju ke hadapan.

Misi dan visi di perniagaan Handmade Bahulu adalah untuk menjadikan bahulu sebagai salah satu produk yang boleh dikomersilkan serta mempunyai daya tarikan tersendiri yang berterusan kepada semua masyarakat. Selain itu , perniagaan bahulu ini akan dipopularkan ke peringkat antarabangsa melalui kaedah perniagaan yang lebih berkesan dan terkini.