Handmade Bahulu

Di sini kami menerangkan bahan-bahan dan cara-cara yang digunakan untuk membuat bahulu..

Bahulu Cermai

Bahan-bahan yang diperlukan :


  • 10 biji telur
  • 380 gm gula pasir
  • 200 gm tepung gandum ( yang diayak )
  • Sedikit esen vanilla
  • Sedikit minyak


Cara-cara untuk membuat bahulu :

Langkah 1


  • Pukul telur dan gula pasir sehingga kembang dan juga pekat.


Langkah 2


  • Masukkan tepung dan baking powder ke dalam adunan batter yang telah betul-betul pekat dan kembang.
  • Kemudian , kacau adunan sehingga rata.


Langkah 3


  • Sebelum bakar bahulu , sapukan acuan dengan minyak dan bakar dahulu selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat.


Langkah 4


  • Sediakan kain yang dibalut pada kayu , untuk sapukan minyak ke dalam acuan setiap kali memasukkan adunan ke dalam acuan.


Langkah 5


  • Bakar gula dalam oven sebentar sebelum digunakan sehingga agak-agak hangat dan terus tuang ke dalam telur.
  • Langkah atau tips ini digunakan untuk ketahanan kuih bahulu. Ianya mampu tahan selama 1 bulan tanpa pengawet.


Langkah 6


  • Untuk meringankan kuih bahulu , bakar tepung dalam oven tapi hanya sekejap sahaja dan tepung agak-agak hangat sahaja.


Langkah 7


  • Bakar bahulu sehingga kekuningan.


Sedikit tips :


  • Pastikan acuan betul-betul panas.
  • Tepung hendaklah dimasukkan sedikit demi sedikit.
  • Bahulu akan melekat pada acuan jika adunan terlalu manis.
  • Bahulu akan menjadi keras jika adunan terlebih tepung.